IKLAN NUFFNANG

Sunday, April 13, 2014

NOVEL KEHIDUPAN

Bismillah...

Malam ni terasa sangat sedih kerana baru sahaja mendapat khabar berita seorang sahabat yang menghidapi penyakit kanser limfoma stage 4 pergi mengadap Ilahi. Rasa terkilan sedikit kerana aku baru berhajat nak berjumpa dengannya kali keempat  tapi akibat terlalu lama menangguh sehingga tak sempat berjumpa...arwah pergi dulu. Allahuakbar...Allahuakbar!

Percaturan Allah melebihi segalanya. Dia Maha Mengetahui apa yang perlu bagi hambaNya. Dia beri bukan ikut kemahuan tetapi ikut keperluan. Arwah pergi meninggalkan seorang anak yang baru berumur 4 bulan dan seorang isteri yang juga junior aku sewaktu di Kolej Kediaman Kemmpat, Universiti Malaya.

Sebenarnya plan nak tidur awal malam ni, esok ada banyak urusan tapi perasaan sedih dan terkilan sampai tak boleh nak lelap. Rasa hiba dan sayu.....Allahuakbar.

Bila direnung kembali, benarlah hidup ini ibarat sebuat novel. Allah menjadi pengarangnya, kita hanya membacanya. Jalan cerita memang sudah siap dirangka dan disusun atur dengan begitu teliti. Segalanya dah dicaturkan, kita sebagai manusia hanya menempuh, berjalan mengikut skrip yang tidak tahu bagaimana pengakhirannya.





Sewaktu menuntut di pondok dahulu, Tuk Guru aku pernah mengajar...

Mengikut fahaman Ahlul Sunnah Wal Jama'ah :

Segala perkara baik dan buruk sememangnya dah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah swt sejak azali. Kita sebagai hambaNya hanya perlu berusaha tetapi usaha kita langsung tidak memberi kesan.

Cuma di pihak manusia, kita murnikan dengan menyatakan segala yang baik datangnya daripada Allah swt, segala yang buruk bersandarkan pada kelemahan kita, tetapi hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah.

Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tak tertanggung.

Sebenarnya, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai hikmah dan nilainya yang tersendiri. Bergantung ada kita bagaimana kita nak mengambilnya sebagai panduan dan pedoman kita ke arah yang lebih baik.

Saya beri contoh...

Jika seseorang itu berimpian ingin menjadi seorang ahli perniagaan dan jutawan yang berjaya dunia akhirat. Bagaimanakah jalan kehidupannya? Adakah dia benar-benar akan jadi jutawan?

Jadi, apakah yang perlu dia buat? Sebenarnya, segalanya dah diatur oleh Allah dan dah tertulis apa pengakhirannya nanti cuma di pihak kita, takkan kita nak duduk berpeluk tubuh? Jadi, kita harus berjalan, bertindak mengikut apa yang dirancang....

Jika benarlah skrip yang kita rancang sama seperti apa yang telah ditetapkan, Allah akan hadapkan kita dengan segala keperluan untuk menjadi jutawan dunia akhirat seperti perlu ada sifat sabar, sifat rendah diri, tidak sombong, tidak membuang masa, banyak berdoa, sentiasa pelihara solat dan lain-lain.

Bagaimana cara Allah mengajar dan mendidik kita? 

Allah mengajar dan mendidik kita melalui PENGHIDUPAN.




Sebab tu kebanyakan jutawan, kita ambil contoh di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, beliau pernah berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Pernah jatuh, pernah ditipu, dan bayak lagi cabaran yang terpaksa dilaluinya.

Yang pastinya kesemua ini Allah buatkan untuk mendidik supaya hambaNya tadi benar-benar telah bersedia dengan apa yang dirancang, didoa dan diharapkan. Inilah cara Allah mengabulkan setiap permintaan hambaNya. Dia beri jika hambaNya benar-benar telah bersedia. Dia beri mengikut keperluan dan kemampuan bukan kemahuan.

Andaikata seorang kerani biasa (contoh) diberi RM1 juta dan bergelar jutawan segera. Agak-agaklah berapa lama dia dapat kekalkan statusnya sebagai jutawan?? Saya rasa paling lama pun tak sampai setahun, duitnya pasti akan berkurangan. Sebab apa? Sebab dia sendiri belum lagi bersedia untuk jadi jutawan dan dia jadi jutawan bukan kerana usahanya tetapi kerana durian runtuh dan rezeki mengejut! Dengan ketiadaan ilmu berkaitan pengurusan kewangan, tiada ilmu berkaitan aset dan property mana mungkin dia akan jadi jutawan.

Begitu juga dengan seorang perempuan yang belum dikurniakan zuriat setelah lama berkahwin. Mungkin salah satu faktornya selain faktor kesihatan ialah perempuan tersebut belum benar-benar bersedia untuk menjadi ibu. Persediaan tersebut dari segi mental, fizikal, emosi dan sebagainya. Mungkin bila dia menjadi ibu nanti dia tak sanggup bersengkang mata untuk melayan kerenah bayi yang selalu meragam pada waktu tengah malam. Sebab tu la kita lihat ramai di kalangan wanita yang menginginkan zuriat, mereka mengambil anak angkat terlebih dahuu kemudiannya baru dikurniakan zuriat.

Rasulullah juga sebelum menjadi Rasul, Allah beri ujian yang amat dahsyat. Pernah dibaling batu, diejek, dibaling najis, dipulaukan, dicerca dan dimaki hamun oleh bapa saudaranya sendiri, menjadi anak yatim piatu ketika berumur 6 tahun. Andaikata Rasulullah masih ada ibubapa ketika dewasa, mana mungkin Rasulullah dapat menjadi sebegitu hebat dan kuat  orangnya Segala tekanan yang datang Baginda mampu bertahan dan hanya Allah tempat mengadu dan bergantung harap. Ini bererti cara Allah mendidik Baginda sebegitu teliti dan teratur dan kelihatan sangat sempurna.




Saya pernah terbaca kata-kata hikmat daripada sebuah buku...

If  you suffer in your life, just suffer away....

Hidup ini ada naik ada turun. Mesti ada naik dan turun. Graf manusia tak semestinya selama-lamanya naik dan selama-lamanya turun.

Selalunya sebelum naik (berjaya) kita akan melalui satu fasa yang dipanggil pembelajaran. Di sinilah berlakunya cabaran dan rintangan yang terpaksa kita terima. 

Manusia banyak belajar dari penghidupan dan proses yang dilaluinya. Jadi, sementara kita susah kita harus belajar sebanyak mungkin. Redha setiap perkara yang berlaku.

Aku pernah melalui kesusahan dan kepayahan. Banyak yang aku belajar. Sekarang ni pun masih terus belajar dan belajar dan belajar......sebenarnya terlalu privacy untuk aku ceritakan tapi tak apalah untuk renungan bersama aku ceritakan sedikit.

Aku pernah melalui fasa di mana aku mengalami masalah kewangan yang teruk dan sangat kritikal..emm. Hanya Allah tempat aku mengadu. Nak cerita pada mak ayah, jauh sekali sebab bagi aku cukuplah aku dah susahkan mereka sewaktu belajar dahulu. Aku punyai prinsip jika kita tak mampu untuk menyenangkan mereka, jangan pula menyusahkan.

Nak dijadikan cerita, di poket aku tiada duit langsung hatta untuk membeli makanan! Tau tak apa yang aku makan ketika itu? Aku hanya makan roti yang dah berkulat.....itu sahaja makanan yang tinggal. Kebetulan aku masih menyimpan roti yang expired seminggu dan sekaya. Jadi, aku pun kikis kulat yang ada pada roti, aku sapukan sekaya kemudian aku bakar roti tersebut untuk hilangkan bau hapak.......dan aku makan dalam keadaan menangis. Tapi dalam hati aku ketika itu masih redha atas jalan yang aku pilih dan aku tahu Allah tetap sayangkan aku.

Banyak lagilah kisah dan pengalaman nak diceritakan...tapi biarlah dulu sebab belum tiba masanya. Di sebalik cerita itu, aku dapat banyak pengajaran.

Jika kita berduit, mesti berjimat cermat dan sentiasa bersedekah.
Sentiasa ingat ada yang lebih susah daripada kita. Orang Afrika ramai yang mati kebuluran.
Mulai saat itu, aku dah mula belajar untuk menyimpan duit dan belajar cara menambahkan lagi duit yang sedia ada =) 




Jika kita menghadapi kesusahan, dan graf kehidupan kita berada di bawah, haruslah kita ingat, graf tersebut TAKKAN menjunam sebawah-bawahnya....mana mungkin! Pada satu tahap, graf tersebut akan melonjak naik juga sama ada secara mendadak atau sedikit demi sedikit, dengan syarat kita haruslah BERGERAK dan BERTINDAK...jangan duduk diam!

Jika kita berada di atas pula, amat susah untuk kita jatuh ke bawah kembali jika kita sudah belajar dengan segala ilmu dan pengalaman sewaktu kita di fasa kesusahan tadi.....tapi AWAS!! Orang yang sedang naik akan jatuh semula jika SOMBONG. Ini pesan mentor aku.

Yang penting sekali, jika anda ada impian tinggi, jangan berputus harap. Never Lose Hope.
Banyakkan berdoa....Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlu...

Dia akan beri dan pasti akan beri jika kita mahu dan bersedia.

Jadi, adakah anda sudah bersedia???



1 comment :

  1. Salam Junaidi...mohon share this article ya....sgt tersentuh ;)

    ReplyDelete